Yuki Kunii Menang Bergaya, Dinobatkan Sebagai Juara Keseluruhan ASB1000

Musim Asia Superbike 1000cc (ASB1000) telah pun melabuhkan tirainya dengan perlumbaan yang mendebarkan di Chang International Circuit, Thailand. Yuki Kunii dari pasukan SDG Team HARC-PRO Honda Ph. berjaya mengungguli Perlumbaan 2 dan merangkul gelaran juara musim 2024 selepas pertarungan sengit dengan pelumba-pelumba handalan lain.

Yuki memulakan perlumbaan dengan baik, tetapi tekanan dari pelumba Honda Asia-Dream Racing with Astemo, termasuk Andi Farid Izdihar, Nakarin Atiratphuvapat, dan Md Zaqhwan Zaidi, mencabar kedudukannya di kelompok hadapan. Walau bagaimanapun, Yuki memperlihatkan ketahanan luar biasa, melepasi tekanan dengan mencipta jarak selesa sebanyak 2.993 saat menjelang penghujung perlumbaan.

Dengan catatan masa 20’47:479s, Yuki bukan sahaja memastikan kemenangannya tetapi juga dinobatkan sebagai juara ASB1000 2024. Tempat kedua diraih oleh Tetsuta Nagashima, diikuti oleh Andi Farid Izdihar di tangga ketiga. Kejayaan ini membuktikan kehebatan Yuki sebagai pelumba unggul di arena perlumbaan motosikal Asia.

Top 3 Terpantas – Perlumbaan 2
1. Yuki Kunii – SDG Team HARC-PRO Honda Ph. (20’47:479s)
2. Tetsuta Nagashima – Astemo SI Racing with Thai Honda (20’48:415s)
3. Andi Farid Izdihar – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (20’50:927s)

Top 3 Kedudukan Keseluruhan
1. Yuki Kunii – SDG Team HARC-PRO Honda Ph. (183 points)
2. Andi Farid Izdihar – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (181 points)
3. Hafizh Syahrin – JDT RACING TEAM (154 points)

Top 3 Kedudukan Keseluruhan (Pasukan)
1. Honda Asia-Dream Racing with Astemo (302 points)
2. TKKR BMW Racing Team (227 points)
3. YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA (204 points)

Apiwath Juara Supersports 600cc
Apiwath Wongthananon menamatkan musim Kejuaraan FIM Asia Road Racing 2024 dengan gaya luar biasa apabila berjaya meraih kemenangan di Perlumbaan 2 kategori Supersports 600cc. Apiwath yang mewakili pasukan YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA, menggunakan kelebihan berlumba di laman sendiri untuk menguasai saingan sengit daripada pelumba Honda Racing Thailand, Thanat Laoongplio dan Kiattisak Singhapong.

Perlumbaan penuh dramatik ini menyaksikan Muhammad Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar, mencabar kedudukan Apiwath secara agresif. Namun, kejadian kemalangan yang melibatkan Adenanta Putra pada pusingan 11 memberi ruang kepada Apiwath untuk memperkukuhkan kedudukannya di hadapan. Dalam detik-detik akhir perlumbaan, Apiwath membuktikan keunggulannya dengan menamatkan perlumbaan dalam masa 20’00:313s, sekaligus mengesahkan gelaran juara musim 2024.

Kemenangan Apiwath turut disertai oleh dua pelumba Honda Racing Thailand, Thanat Laoongplio dan Kiattisak Singhapong, yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Prestasi cemerlang ini mengukuhkan lagi reputasi Apiwath sebagai pelumba unggul di arena Supersports 600cc.

 

Top 3 Terpantas – Perlumbaan 2
1. Apiwath Wongthananon – YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA (20:00.313s)
2. Thanat Laoongplio – Honda Racing Thailand (20:00.431s)
3. Kiattisak Singhapong – Honda Racing Thailand (20:00.569s)

Top 3 Kedudukan Keseluruhan
1. Apiwath Wongthananon – YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA (205 points)
2. Mohammad Adenanta Putra – ASTRA HONDA RACING TEAM (161 points)
3. Azroy Hakeem Anuar – IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team (145 points)

Top 3 Kedudukan Keseluruhan (Pasukan)
1. YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA (300 points)
2. IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team (287 points)
3. ASTRA HONDA RACING TEAM (246 points)

Gelaran Juara Underbone 150cc Milik Fahmi Basam
Perlumbaan akhir kategori Underbone 150cc menyaksikan Fahmi Basam dari pasukan YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team berjaya mencuri tumpuan dengan kemenangan hebat. Aksi cemerlang dan dramatik Fahmi memastikan beliau menjulang kemenangan dan muncul juara selepas perlumbaan yang sengit.

Perlumbaan menyaksikan kehebatan Fahmi yang terus fokus walaupun ditekan oleh pencabar utama, Md Akid Aziz dan Adytya Fauzi. Namun, pada selekoh terakhir, kedua-dua pelumba ini mengalami insiden yang membuka peluang untuk Fahmi melintasi garisan penamat dengan masa 16’27:758s. Rakan sepasukan Fahmi, Murobbil, melengkapkan kejayaan Yamaha dengan menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga disandang oleh Dimas Juli Atmoko dari pasukan One For All.

Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan Fahmi sebagai pelumba unggul musim ini, dengan kemenangan tersebut menjadi penutup sempurna untuk perjalanan luar biasa beliau dalam arena perlumbaan Asia. Pasukan Yamaha pula membuktikan kehebatan mereka dalam menguasai kategori ini sepanjang tahun.

Top 3 Terpantas – Perlumbaan 2
1. Fahmi Basam – YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (16’27:758s)
2. M. Murobbil Vittoni – YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (16’28:110s)
3. Dimas Juli Atmoko – One For All (16’28:561s)

Top 3 Kedudukan Keseluruhan
1. Fahmi Basam – YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (142 points)
2. Md Akid Aziz – PitsBike OneWay JRT Tech2 Racing Team (131 points)
3. Adytya Fauzi – RACETECH SIXTY Racing Team (125 points)

Top 3 Kedudukan Keseluruhan
1. YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (261 points)
2. RACETECH SIXTY Racing Team (194 points)
3. PitsBike OneWay JRT Tech2 Racing Team (187 points)