Yamaha Lancar Marvel Edition FZ25 Di Brazil!

Baru-baru ini, Yamaha telah melancarkan motosikal Marvel Edition FZ25 di pasaran Brazil, sekaligus menambah sedikit ciri-ciri adiwira ke atas motosikalnya. Dikenali sebagai Fazer 250, motosikal ini ditawarkan dalam dua edisi; Captain Marvel dan Black Panther. Motosikal model edisi terhad ini turut disertai motor Lander 250 Captain America Edition, sebuah motosikal dua kegunaan yang dijual di Brazil

Jika diperhatikan menerusi gambar-gambar ini, ianya tidak dibuat secara berlebihan dan sangat sesuai dengan motosikal. Kelengkapan yang ada pada edisi Captain America sedikit menonjol berbanding edisi Black Panther yang diselangi dengan warna unggu. Decal istimewa turut dilengkapkan ke atas motosikal ini dengan lampu hadapan bersama logo Avengers. Manakala logo Captain Marvel atau Black Panther boleh dilihat di bahagian depan mudguard.

Selain itu, Yamaha FZ25 Marvel Edition turut didatangkan dengan Marvel di kedua-dua sisi dan decal rim spesifik model. Tiada perubahan mekanikal dilakukan ke atas motosikal ini dan ia masih dikuasakan motor 249cc yang memberikan 21.3hp, tork 20.6Nm dengan kotak gear 5-kelajuan. Dijual pada harga 18,090 Brazilian Real (RM14,459.27).

Sumber : Motorbeam.com