Yamaha Lagenda 115Zi Dengan Warna Dan Grafik Baharu!

Hong Leong Yamaha hari ini mengumumkan bahawa model kapcai popularnya, Lagenda 115Zi telah menerima warna dan grafik baharu untuk tahun 2020. Jentera itu kini didatangkan dengan tiga warna lebih sporty iaitu biru, merah dan kelabu matt. Ia akan mula berada di kedai berhampiran anda bermula September 2020.

Harga dari kilang bagaimanapun tidak berubah, masih kekalpada RM5,180 seunit. Tetapi seperti yang anda sedia maklum, harga adalah tidak sama bergantung kepada kedai. Lagenda 115Zi dikuasakan oleh enjin empat lejang dengan sistem pancitan bahan api dan penyejukan udara. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 7.4kW dan tork maksimum 9.9Nm.

Ia menggunakan suspensi jenis teleskopik di hadapan dan lengan ayun di belakang. Untuk brek pula, Lagenda 115Zi dipasang dengan brek cakera tunggal di hadapan dan jenis gelendong pada roda belakang.

Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ