Yamaha GTS 1000 Tahun 1993 Kembali Bernyawa Hasil Tangan Lorenzo Frugaroli

Apa yang anda lakukan ketika PKP yang lalu? Jika anda seorang pembina motor kustom Itali seperti Lorenzo Frugaroli, inilah masanya kreativiti dan idea anda membuak-buak untuk menghasilkan lebih banyak motor kustom. Keadaan di sekeliling pastinya akan memberikan ilham dan ini apa yang dedikasikan oleh Frugaroli menerusi motor kustomnya

Projek yang dinamakan sebagai Italian Resilience, ia dibina dari sebuah motor Yamaha GTS 1000. Kalau ada satu motor Yamaha yang perlu anda ingat, ini salah satu darinya. GTS mempunyai jangka hayat pendek yang menampilkan lengan hayun hadapan yang unik bukannya fork. Pelik atau menarik? Terpulang bagaimana anda melihatnya!

Suspensi depan dipertingkatkan dan shock asal digantikan dengan spring yang dicantumkan dari Yamaha YZF-R6. Di bahagian belakang, dwi lengan hayun digantikan dengan unit satu sisi yang diambil dari Honda VFR, disepadankan pula dengan shock Buell Cyclone Showa. Rodanya juga bukan yang asli, Frugaroli menggabungkan jejari Honda NSR dengan rim VFR untuk mencipta satu set yang baharu dan sangat kustom, menjadikan ia satu set yang sesuai.

Frugaroli langsung tidak menyentuh 4-baris 1000 cc GTS ini tetapi suntikan bahan bakar elektronik (EFI) digantikan dengan karburator yang diambil dari Yamaha FZR 1000. Padanan yang logik memandangkan GTS menggunakan versi enjin FZR yang diubah suai. Dengan enjin yang lebih besar, Frugaroli terpaksa mencari cara untuk menampung karbo. Oleh itu, beliau memilih untuk membuang tangki bahan bakar dan menggantikannya dengan komponen fairing estetik. Selain itu, beliau turut menambah tingkap plexiglass di bahagian sisi kanan yang boleh melihat 2 karburator.

Fairing GTS dikeluarkan, memperlihatkan susunan suspensi unik motor dan lapisan cat merah terang yang memperlihatkan kerangka model asal. Pod cahaya Piaggio Beverly yang ditempatkan dalam tempurung kustom bagi menggantikan unit asal. Ya, motor ini akhirnya lengkap. Macam mana, hebat tak?

Sumber : RideApart.com / Motociclismo