Yadea yang dikenali dalam pasaran kenderaan elektrik, kini melancarkan skuter elektrik baharu iaitu M6L. Direka khusus untuk kegunaan di bandar dengan kuasa maksima 1.5kW dan jarak sekitar 70km. Objektif utama Yadea mengeluarkan skuter elektrik M6L adalah untuk memberikan pengalaman penunggangan yang lebih menyeronokkan dengan menggabungkan kualiti, prestasi serta ciri-ciri keselamatan tinggi.
Bagi menguasakan skuter elektrik baharu M6L, Yadea memasangkan ia dengan bateri ion-litium 20Ah dan 60V yang mempunyai kapasiti 1,200Wh dan berat 10kg. Bateri tersebut pula boleh dikeluarkan dan dicas atau cas bateri yang masih terpasang dengan skuter. Bukan itu sahaja, bateri ini juga boleh dicas dengan menggunakan soket standard yang ada di rumah.
Enjinnya pula boleh menghasilkan kuasa maksima 1,500watt yang bersamaan dengan 2hp. Kuasa maksima ini membolehkan skuter elektrik M6L mencecah kelajuan tertinggi pada 45km/j. Terdapat dua mod penunggangan berbeza untuk M6L di mana salah satunya penunggang dengan gaya lebih ekonomi dan yang kedua, berkuasa penuh. Skuter elektrik ini tenaga penggunaan 35Wh/km secukupnya dan mempunyai jarak maksima sehingga 70km. Bagaimanapun jarak ini boleh menjadi singkat sekiranya menunggang dalam mod berkuasa penuh.
Pembrekan M6L ini menggunakan disk brek depan 180mm dan drum belakang. Dengan sistem suspensi, terdapat fork teleskopic berdiameter 30mm dan 70mm di bahagian depan tetapi di bahagian belakang ada penyerap hentakan dengan 60mm. Bahagian badannya pula dibina dengan besi berstruktur yang menampilkan kerangka CAE-optimized. Setiap kenderaan mengikuti pelbagai ujian dan identifikasi kawalan kestabilan elektronik untuk memastikan ia tahan lama.
Skuter elektrik M6L ini ditawarkan dalam 4 warna pilihan dengan salutan cat Swedish Berker, tahan rosak dan dijamin kekal baharu walaupun sudah digunakan tiga tahun. Harga masih belum didedahkan oleh Yadea.
Sumber : Visordown , Yadea