Xianglong JSX500i


Lagi Satu Klon Dari Negara China

Walaupun makin ramai pembuat motosikal di negara China yang mendapat nama di luar pasaran antarabangsa seperti Zontes, CFMoto, Loncin, Benelli dan sebagainya, masih terdapat ramai di antara mereka yang lebih cenderung kepada membuat klon motosikal lain.

Sekarang timbul pula model Xianglong JSX500i. Pada mulanya anda mungkin fikir ia menggunakan Ducati Diavel sebagai “inspirasi” tetapi hakikatnya ia meniru sebuah lagi motosikal lain. Jika perbuatan meniru itu dikira sesuatu yang tidak menyenangkan, motosikal yang ditiru itu merupakan prototaip TVS Zeppelin yang masih di dalam tahap pembangunan dan belum lagi dilancarkan.

Sebenarnya, motosikal Xianglong ini agak cantik, khususnya daripada segi corak roda serta brek depan dwi-cakera yang dipakai tetapi kita mungkin akan teragak-agak hendak tahu yang mana satu yang sebenar. Apapun, Xianglong JSX500i tersebut menggunakan enjin 471cc yang menghasilkan 44 hp, jadi ia tidaklah “power” sangat berbanding dengan TVS itu.

Apakah TVS akan mengorak langkah untuk menyaman Xianglong? Perbuatan itu terbukti sangat susah dan lagi pun model JSX500i hanya untuk pasaran di negara China.