Pada tahun 2021, setem khas mungkin tidak berapa penting. Memandangkan di zaman teknologi, di mana semua jenis mesej lebih mudah dikirim menerusi telefon pintar dan macam-macam aplikasi lain. Surat dan poskad tidak lagi memberi kepentingan kepada generasi hari ini.
Namun, beberapa pengeluar motosikal mempunyai usia yang hampir sama dengan kemunculan setem ini dan layak untuk muncul di atas setem. Itu yang terjadi kepada Moto Guzzi yang akhirnya muncul di atas setem pada tahun 2021. Syarikat Mandello del Lario yang meraikan sambutan ulang tahun ke seratus sepanjang tahun ini telah mengadakan bermacam-macam bagi memperingati peristiwa bersejarah ini antaranya seperti buku, V100 Mandello dan kompleks kilang yang diubah semula.
Bukan sahaja Moto Guzzi yang meraikan sambutan ini. Poste Italiane, pihak berkuasa pos Itali juga telah memperkenalkan siri istimewa untuk meraikan pencapaian ikon Itali ini. Selain setem, Moto Guzzi turut diabadikan di atas poskad, buletin dan juga macam-macam lagi.
Sekiranya anda berada di Itali ketika ini, anda boleh memiliki koleksi setem Moto Guzzi ini dari pejabat pos Mandello del Lario, begitu juga di Spazio Filatelia Genova. Semua barang-barang istimewa Moto Guzzi ini boleh didapati di laman web Poste Italiane.
Sumber : Rideapart