Ditubuhkan pada tahun 1973, Syarikat Motorcycle Sales Centre (MSC) merupakan pengimport pertama motosikal berkuasa besar di Malaysia dan sehingga sekarang, ia masih menjadi sebahagian industri motosikal tanah air. Sempena ulang tahunnya yang ke-46, MSC telah menganjurkan sebuah majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Dewan Rakyat Gua Musang dan Datuk Seri Panglima Osu Sukam, Bekas Ketua Menteri Sabah.
MSC tampil lebih istimewa dengan wajah baru diikuti beberapa penambahbaikan serta strategi jualan baru. Antara penambahbaikan yang diusahakan termasuk menyediakan promosi ‘trade in’ dan ‘easier loan’. Selain itu, MSC turut menambahbaikan bengkel The One Stop Motorcycle Sales Centre dengan mengukuhkan perkhidmatan selepas dan dalam masa yang sama, memberi perkhidmatan memuaskan para pelanggan.
Disamping itu, MSC juga membawa masuk model-model baru motosikal keluaran Eropah dan Amerika Syarikat bagi memenuhi permintaan pasaran Malaysia. Moto Sport Centre Sdn. Bhd. yang selama merupakan pengedar paling penting, kini menjadi rakan perniagaan (business partner) dan bertindak sebagai syarikat pemasaran untuk MSC. Kerjasama ini dipercayai dapat membantu khususnya dari segi peningkatan pemasaran dan jualan motosikal MSC.