Pada tahun 2013, tertubuhnya sebuah lagi kelab motor yang ditubuhkan demi mencapai misi dan visi penubuhannya, menyatukan semua penunggang motosikal Kawasaki Z250. Disamping itu, kelab ini juga menyediakan platform untuk para penunggang melakukan aktiviti permotoran dan kebajikan.
Melahirkan ahli kelab yang berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, dinamik, proaktif dan berfikiran positif. Jentera lain juga digalakkan untuk bersama-sama menyertai kelab untuk mewujudkan hubungan yang sihat dikalangan ahlinya.
Menerusi Kelab Z250 Malaysia, peluang diberikan kepada ahli-ahli untuk bertukar-tukar pendapat tentang bidang motosikal, mengadakan aktiviti berkaitan dunia permotoran serta bermanfaat dan sentiasa mewujudkan ukhwah yang sihat dikalangan ahli.
Antara aktiviti dan program yang dijalankan termasuklah Teh Tarik Session (pertemuan), Bikers Sayangi Masjid, Amal Anak Yatim, Gotong-Royong (pantai, masjid dan kubur), kutipan dana untuk sumbangan kepada anak yatim, Konvoi bermotosikal, kursus motosikal dan keselamatan, kempen derma darah, sukaneka dan aktiviti treasure hunt, makan malam amal, ceramah kerjaya dan banyak lagi.