TXR Ipoh Side Ride Ke Kuala Kangsar

Dianjurkan oleh rakan-rakan motosikal TXR Ipoh Ride Side yang turut menjemput semua pemilik motosikal TXR150 untuk menyertai program Ride dan bergambar bersama motosikal TXR masing-masing. Sebanyak 28 buah motosikal TXR150 hadir dan ride beramai-ramai ke lokasi program dianjurkan di Victoria Bridge, Kuala Kangsar, Negeri Perak.

Kehadiran rakan TXR dari Pahang dan Kulim amat memeranjatkan dan tidak diduga kerana mereka sanggup datang jauh semata-mata untuk memeriahkan lagi program yang diadakan untuk mengenali dan bersuai kenal dengan para pemilik TXR. Kebanyakan motosikal TXR jarang kelihatan di jalan raya atas faktor usia dan keluaran yang sangat terhad. Selain bergambar dan bertukar-tukar pendapat, para peserta juga membincangkan tentang motosikal dan hasil perbincangan, satu aktiviti bakal dijayakan pada tahun ini.