Tahun ini menandakan tahun ke-60 Yamaha membuat kemunculan pertamanya di kejohanan lumba motosikal berprestij dunia, World Grand Prix. Sehubungan itu, Yamaha Motor Corporation dengan bangganya memperkenalkan tiga model Edisi Khas baharu untuk tahun 2022; YZF-R3 World GP 60th Anniversary Edition, YZF-R7 World GP 60th Anniversary Edition dan YZF-R1 World GP 60th Anniversary Edition.
Diinspirasikan oleh keputusan bersejarah Yamaha untuk bersaing dalam perlumbaan pertamanya di Grand Prix yang berlangsung di Perancis pada tahun 1961. Bersandarkan warna ikonik Yamaha merah dan putih yang didedahkan pada motosikal lumba YZR-M1 di ujian kelayakan MotoGP di Qatar. Jentera ini merupakan penghormatan kepada semangat Yamaha untuk bukan sahaja menyertai perlumbaan malah menangi di peringkat tertinggi sukan permotoran.
“Perlumbaan sentiasa ada dalam DNA Yamaha begitu juga pembinaan motosikal ini dan ia boleh dilihat dengan jelas menerusi motor R-Series yang mempunyai beberapa kelebihan dari perlumbaan Grand Pix yang lepas. Rekaan dan teknologi telah banyak membantu pengeluaran jentera Superbike dan Supersport sekaligus menjadikan ia dominan khususnya di pasaran Amerika.”
“Melihat motosikal edisi World GP 60th Anniversary merupakan satu perasaan yang menakjubkan terutamanya melihat warna klasik putih dan merah Yamaha Racing serta beberapa perincian istimewa yang lainnya.
Selain itu, setiap motosikal disertakan dengan roda emas, fork emas, emblem fork talaan emas dan macam-macam lagi. Dilaporkan, YZF-R3 World GP 60th Anniversary Edition ini akan berada di pasaran pada Februari. Motosikal YZF-R7 World GP 60th Anniversary Edition akan tiba di pasaran lebih awal dari itu, iaitu pada Januari. Manakala YZF-R1 World GP 60th Anniversary Edition pada November.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.yamahamotorsports.com/supersport