Tukar Minyak Enjin Motosikal, Perolehi Nilai Untuk Pengguna

Automaster Care Program bukan sekadar memberi manfaat kepada pengguna 4 roda sahaja, malah bakal dibuka kepada semua pengguna motosikal tidak lama lagi. Menerusi program perlindungan dari Mannol Malaysia dan Champion (jenama minyak pelincir) yang diberi nama AutoMaster Care Program, ia bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada pemilik kenderaan, malah turut melindungi bengkel dan juga jenama minyak pelincir itu sendiri.

Menggabungkan antara dua jenama minyak pelincir terbaharu Mannol Malaysia dan Champion, Program Automaster Care merupakan inisiatif baharu yang menggabungkan perlindungan pengguna, sokongan kepada bengkel tempatan dan program kesetiaan pelanggan dalam satu ekosistem menyeluruh.

“Program tersebut dibangunkan bagi mengubah persepsi pengguna terhadap servis penukaran minyak enjin daripada sekadar penyelenggaraan rutin kepada satu bentuk perlindungan jangka panjang untuk kenderaan dan pemiliknya,” ujar Pengarah Urusan Advanced Profinity Sdn Bhd, Harisfathimi.

Tambah Harisfathimi, program Automaster Care turut membantu memperkukuhkan kedudukan bengkel tempatan dalam menghadapi persaingan pasaran alat ganti dan minyak enjin yang semakin kompetitif.

“Kami mahu pengguna tahu bahawa setiap ringgit yang mereka belanjakan bukan sekadar untuk membeli komoditi, tetapi pelaburan untuk keselamatan enjin dan diri mereka,” ujar Harisfathimi merujuk program yang diperkenalkan oleh Advanced Profinity baru-baru ini.

Pelan Perlindungan Kemalangan Peribadi atau PA ditawarkan kepada pengguna merupakan keunikan dan keutamaan dalam program ini. Malah setiap pengguna kenderaan samada kenderaan dua roda atau 4 roda beroleh menfaat perlindungan secara eksklusif.

Apabila sesorang pelanggan melakukan servis penukaran minyak enjin Mannol atau Champion di bengkel rasmi, mereka secara automatik layak menerima Perlindungan Kemalangan Peribadi percuma selama 4 bulan yang diikat terus kepada pemilik kenderaan.
-Manfaat perlindungan komprehensif ini merangkumi:
-Kematian Akibat Kemalangan: RM 4,000
-Cacat Kekal Menyeluruh: RM 4,000
-Patah Tulang: Sehingga RM 1,500
-Perbelanjaan Pengebumian: RM 1,000
-Kos Ambulans: RM 300
-Perbelanjaan Perubatan: RM 150 Ini bukan sekadar promosi kosong; ini adalah perlindungan nyata untuk menjaga kebajikan pemandu dan keluarga mereka di jalan raya.

Bagi pengguna motosikal yang mahu menyertai program ini, prosesnya tetap sama dengan kenderaan 4 roda. Namun ketika ini, penganjur Program AutoMaster Care masih belum menoktahkan jangka waktu sebenar untuk pengguna motosikal.