TTS Iftar Di Pitstop A190 Ban Pecah

Tanggal 17 April 2021, Rose Riders di bawah pimpinan Bro Zass sekali lagi telah mengadakan program TTS Iftar. Lokasi yang menjadi pilihan kali ini adalah di Pitstop A190 Ban Pecah Tg Piandang, Perak. Seramai 15 ahli telah berkumpul di Caltex Jln Kuala Gula selewat jam 5.00 petang dan bergerak menuju ke lokasi iftar.

Para peserta menunggang dengan santai sambil menikmati pemandangan indah sekitar kawasan berkenaan. Sepanjang petang menunggu masuk waktu berbuka, ahli-ahli mengambil kesempatan bergambar dan melihat sendiri fenomena matahari terbenam dari lokasi iftar tersebut.

Selain jamuan, para peserta dihiburkan dengan persembahan dari pemuzik tradisional yang disediakan oleh pemilik pitstop berkenaan iaitu En Syed. Lebih kurang jam 8.30 malam, para peserta bergerak pulang menuju ke lokasi masing-masing.