PETRONAS, gergasi minyak Malaysia tidak lagi berminat untuk menjadi penaja utama Sepang Racing Team di MotoGP bermula dari musim hadapan tahun 2022 seperti yang dilaporkan Autosport.com. Dalam masa sama, Sepang Racing Team bersedia untuk melepaskan pasukan Moto2 dan Moto3 bagi memberikan tumpuan terhadap MotoGP.
Sepang Race Team muncul buat kali pertama di grand prix pada tahun 2015 dalam kelas Moto3 sebelum meneruskan cabaran dalam kelas Moto2. Pada tahun 2019, Sepang Race Team menyertai MotoGP setelah rakan kongsi satelit terbaharu Yamaha menerima sokongan dari Petronas dan membawakan Fabio Quartararo dari Moto2 dan melantik Franco Morbidelli, juara dunia Moto2 tahun 2017.
Dalam masa singkat, skuad ini berjaya menempa kejayaan, di mana Quartararo dalam versi spec-B berjaya memperolehi skor 7 kali di podium. Pasukan ini juga berjaya memenangi enam perlumbaan sepanjang kempen 2020. Manakala Franco Morbidelli menyudahi cabaran dengan muncul sebagai naib juara di mana kejuaraan telah dimenangi oleh Joan Mir dari Suzuki.
Sepang Race Team berharap untuk mengasah bakat-bakat muda menggunakan projek Moto2 dan Moto3 sebagai laluan menuju ke pasukan MotoGP. Ia hanya akan berlaku untuk seorang pelumba, sekiranya pelumba Moto3, Darryn Binder berjaya menembusi terus ke MotoGP 2022 seperti yang digembar-gemburkan.
Sumber : Autosport.com