Throwback : Uji Ketahanan Mental Dan Fizikal

Hujung minggu untuk kelab-kelab motor di Malaysia seperti Y15ZR Spirit Team sentiasa dipadatkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Seramai 10 orang ahli kelab Y15ZR Spirit Team telah menyertai program Jelajah Pantai Timur sempena Kelantan International Bike Week yang berlangsung di Stadium Muhammad ke-IV di Kota Bharu.

Jelajah Pantai Timur ini melibatkan perjalanan yang bermula dari Pulau Pinang ke Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Para peserta bergerak dari Pulau Pinang dan tiba di Kota Bharu sekitar 2 pagi. Pada sebelah paginya pula, para peserta menyertai Kelantan International Bike Week dan berterima kasih kepada Y15ZR Kelantan di atas kerjasama yang diberikan.

Seterusnya, para peserta memulakan perjalanan menjelajah pantai timur pada pukul 4 petang ke Kuala Terengganu. Dari sini, para peserta bergerak pula ke Kuantan menerusi lebuh raya pantai timur dan berhenti rehat di perhentian Paka. Keesokan harinya bertolak ke Kuantan menerusi Gambang-Keratong. Kemudian dari Felda Palong terus ke Tampin dan tiba di Melaka sekitar 2 petang, disambut ahli Y15ZR Melaka dan sempat beramah mesra.

Konvoi Jelajah Pantai Timur ini bertolak balik ke Pulau Pinang menerusi lebuh raya Utara Selatan dan tiba pada pukul 4 pagi setelah mengharungi perjalanan sejauh 1580km, menguji ketahanan mental dan fizikal setiap ahli Y15ZR Spirit Team ini.