Throwback Santai Retro PD

Menghimpunkan rider dan biker dalam satu acara tanpa mengira cc, jenis dan jenama motor, telah berlangsungnya satu aktiviti riadah yang paling meriah. Berhimpun di bawah satu hobi yang sama, Santai Retro PD ini berjaya menyemarakan dan memeriahkan lagi Dataran Teluk Kemang, Port Dickson.

Walaupun diadakan secara ‘santai’, acara ini menerima sambutan yang luar biasa di mana ia telah dihadiri seramai 3000 orang. Dianjurkan Katana Gangster Malaysia dengan tajaan Retro Corner Motorsport, beberapa kelab permotoran juga turut terlibat. Antaranya termasuklah Katana Gangster, Retro Corner Motosport, RXZM Malaysia, PD Club N9, Apachee Sereng, V100 Club Tanjung Karang, Retro Ayer Molek, Otai Santai, Coe, 2 Stroke Rider Motorsport, TZM Bikers Club, TZM Legend Club, Rider Piston Silang, IRB Club Rider, One Heart Crew, Setia Motor Club dan KBSA.