Perkongsian kelab-kelab motor yang menganjurkan pelbagai program dan aktiviti amal sepanjang Ramadan yang lalu masih diterima pihak Roadstar. Rasanya masih belum terlambat untuk berkongsi dengan para pembaca walaupun Syawal sudah pun berakhir. Antara yang sudi berkongsi aktiviti untuk tatapan pembaca datangnya dari Selatan Bikers MC.
Sepanjang Ramadan lalu, Selatan Bikers MC telah menganjurkan pengagihan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Program ini bertujuan untuk bersama-sama meraikan bulan Ramadan yang mulia. Selain mengagihkan bantuan hari raya dari pihak Mydin, program ini juga melibatkan aktiviti pengagihan bubur lambuk dengan kerjasama Econsave.