Litar Gersik yang terletak di Tangkak, Johor telah menjadi tumpuan para peminat dunia permotoran khususnya pengikut minibike dengan berlangsungnya Merdeka Motorsport Carnival Minibike. Program ini merupakan anjuran Comma Motorsport selaku penaja dengan kerjasama Permata Racing selaku penyelaras program. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya karnival ini termasuk sesi latihan (training), Track Day dan juga Fun Race Minibike.
Sebanyak 5 kategori telah disediakan dan berjaya menarik seramai 30 penyertaan dari para pelumba cilik yang cukup berbakat. Kelima-kelima kategori yang disediakan adalah Rookie QT < 10, Zero to Hero QT <12, Comma QT <13, Comma Aircool <15 dan Comma Best of The Best ( Open ).
Walaupun masih lagi di usia muda, para pelumba cilik ini mempamerkan aksi yang cukup mendebarkan serta menarik kehadiran para pengunjung yang dianggarkan seramai 100 orang sepanjang program berlangsung. Diharapkan program yang sama akan terus diadakan di masa hadapan bagi melahirkan generasi pelapis sukan lumba motosikal negara.