Throwback : Melaka Charity Ride

Kelab Akilians dan Free Rider Community Manjung telah bekerjasama dalam menganjurkan sebuah Ride Amal, Melaka Charity Ride. Aktiviti ini diserikan lagi dengan penglibatan beberapa kelab motosikal Melaka iaitu Melaka Baby Bikers yang turut menjadi tulang belakang sepanjang acara berlangsung. Aktiviti dimulakan dengan konvoi yang mula bergerak seawal pukul 10 pagi dari tempat penginapan di Pantai Puteri yang mengambil hanya 20 minit untuk tiba di rumah jagaan anak-anak yatim, Payasum.

Para peserta konvoi disambut oleh pengetua dan diperkenalkan dengan anak-anak yatim. Aktiviti diteruskan dengan penyerahan sumbangan untuk meringankan beban dan meraikan anak-anak yatim ini. Para peserta tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama anak-anak ini. Aktiviti berlangsung selama 4 jam dan dipenuhi pelbagai aktiviti yang telah dijadualkan dan berakhir sekitar jam 2 petang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Rumah jagaan anak-anak yatim Payasum, Melaka Baby Bikers dan para penganjur Hi Jet Marketing Sdn. Bhd (JETRON). Kepada semua ahli yang menyokong ride amal ini, jutaan terima kasih. “We Are Brothers”