Throwback : Marhaban Ya Ramadan 2019 Majlis Iftar Welly Advance Bikers Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf

Sepanjang bulan Ramadan yang lalu, pelbagai program dan aktiviti amal kebajikan telah dianjurkan oleh kelab-kelab permotoran. Antara yang tidak ketinggalan menganjurkan program yang sama adalah Welly Advance Bikers. Program Marhaban Ya Ramadan 2019; Majlis Iftar Welly Advance Bikers Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf ini diadakan pada 18 Mei yang lalu. Dianggarkan sebanyak 40 ke 50 motosikal dari 250cc hingga 1400cc telah terlibat dalam penganjuran majlis berbuka puasa ini.

Program ini melibatkan penyertaan dari Kawasaki Owner Group (KOG) dan para pelanggan Welly Advance Bikers. Para peserta berkumpul terlebih dahulu di bilik pameran Welly Advance Bikers dan mendengar taklimat dari saudara Eugene Ngo, Welly Advance Bikers dan marshall Mohd Fazli. Seterusnya, peserta konvoi dilepaskan dan tiba di Ruang, Janda Baik sekitar 6.35 petang.

Seramai 20 orang murid dari Badan Amal Darul Mustafa turut menyertai program yang menerima hadiah serta sumbangan dari Welly Advance Bikers Sdn Bhd yang disampaikan oleh Dato Chester Ngo, Eugene Ngo dan Pengerusi Kelab KOG. Majlis melabuhkan tirai dengan ucapan terakhir oleh Eugene Ngo dan para bikers bergeak pulang ke destinasi masing-masing sekitar jam 9.30 malam.