Throwback : Jaga Khazanah Warisan

Mengimbau kembali kenangan kelab Peminat Setia Ex5 (PSE) dan ditubuhkan oleh 5 sekawan ketika melepak di sebuah kedai makan di bandar Rompin di Pahang. Menggunakan “Kami Menjaga Khazanah Datuk Nenek Kami” sebagai slogan, PSE ini terdiri daripada Alaq, Lieyas, Nuar, Dee dan Syuk.

Kelab ini ditubuhkan untuk menghimpunkan kru-kru dan memperjuangkan EX5 yang semakin berkurangan pada hari ini. Selain itu, penubuhan kelab ini turut bertujuan mendidik para penunggang untuk berdisiplin dengan betul serta menghapuskan gejala mat rempit yang tidak sihat. Antara aktiviti yang diadakan seperti Santai Kapcai Peminat Setia EX5 di Rompin, Pahang. Walaupun masih baru, kelab PSE ini telah pun sampai hingga ke Johor, KL dan juga Perak.

* Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelab dan aktiviti yang diadakan, layari halaman facebook Peminat Setia EX5-P.S.E.