Lebih 50 penyertaan telah menyertai perlumbaan motor sempena Karnival Sukan Bermotor Negaraku yang berlangsung di Sirkit Speedway PLUS, Subang. Diadakan buat kali pertama, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan dari para pencinta dunia permotoran.
Dianjurkan oleh Langkawi Motorsport Club dengan sokongan iM4U, karnival ini turut menerima pengiktirafan dari Motorsports Association Of Malaysia (MAM). Diselaraskan oleh Sirkit Speedway PLUS, sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan iaitu Mini Bike Endurance, Kapcai Endurance, Supermoto, 250cc, Yamaha 125z dan RG110.
Selain perlumbaan motor, pelbagai aktiviti turut disediakan bagi memeriahkan lagi tapak Karnival Sukan Bermotor Negaraku ini. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dari para pengunjung termasuk Autoshow Motor, Autoshow Kereta, Konvoi Autoshow dalam litar dan juga gerai-gerai jualan.