Para pemilik motosikal jenama Yamaha pelbagai cc dari cub sehingga superbike berjaya dihimpunkan dalam sebuah acara yang menghimpunkan para pemilik Yamaha dari kawasan utara. TTS Yamaha Utara Edisi 1.0 ini dianjurkan Penang Yamaha Moto Club dengan kerjasama Labu Motorsport 46 dan PYMC Station.
Diadakan di Auto City di Juru, acara telah dimulakan pada pukul 8 pagi dengan pendaftaran ahli-ahli kelab dari utara yang terdiri dari 21 group. Grup yang terlibat sepanjang perhimpunan yang diadakan buat kali pertama ini adalah Baling LC Crew, Y.M.T.T Penang, Y15ZR Army, Y15ZR Kulim Crew, YKLCB, Kelab Jom Moto, Y15ZR Penang Island Crew, R25 Owner Bikers, Penang FZ 1501 Community (PFZC), DUCADOS, Kulim Yamaha Bikers Club, JSD Project, Kulim Eagle Yamaha 135LC Crew, 135LC United, Crypton LC Penang Crew, Northern Lagenda Owner Club, Persatuan Permotoran Melayu Negeri Pulau Pinang, Team MT07 & MTO9 dan Sekepala Heng.
Perhimpunan para pemilik Yamaha bahagian Utara ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara rider Yamaha 2T, 4T dan tidak ketinggalan, para pemilik motosikal berkuasa tinggi Yamaha. Hampir 200 buah motosikal telah hadir dan memeriahkan lagi edisi kali ini.
Selain itu, beberapa aktiviti sampingan turut disediakan termasuk konvoi amal mengelilingi Pulau Pinang bersama penunggang motor berkuasa tinggi. Acara perhimpunan kali ini telah berakhir pada pukul 6.30 petang dan pastinya memberikan memori untuk dikenang oleh setiap para peserta yang hadir. Semoga acara ini terus diadakan di masa hadapan sekali gus mewarnakan lagi dunia permotoran tempatan.