Throwback : Combo Ride Back To Nature

Menarik! Itu yang boleh dikatakan apabila melihat 2 alam permotoran superbike dan motocross digabungkan dalam satu program melibatkan aktiviti-aktiviti lasak. Dianjurkan dengan kerjasama di antara Andalas Bike Syndicate (ABS) dan Crows MX Gang. Program ini turut dimeriahkan lagi oleh Gagak D’ Rimba.

Diadakan di Lata Lembik yang terletak di Raub, Pahang. Program ini bertemakan Road vs Off-Road. Sebagai memenuhi tema, para peserta menggunakan dua laluan untuk sampai ke tapak program. Para penunggang superbike menggunakan jalan raya, manakala penunggang motocross menggunakan jalan biasa dipenuhi macam-macam halangan. Namun begitu, para peserta telah dibantu oleh penduduk sekitar untuk tiba dengan selamat.

Pelbagai aktiviti disusun sepanjang program berlangsung. Antaranya termasuklah river rapid tubing (mandi sungai), bermain bola tampar, Slow Bike Competition, pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan sesi percubaan motocross.