Throwback : Bingit Rendezvous Malaysia Bike Week

 

Pada tahun 2013, sebanyak 10,000 buah motosikal berjaya dihimpunkan. Ini diikuti pada tahun berikutnya yang mencatatkan sebanyak 15,000 motosikal dari pelbagai jenis motosikal. Tahun ini, Bingit Rendezvous Malaysia Bike Week yang dahulunya dikenali sebagai Bingit Bike Week menerima sambutan lebih meriah lagi.

Bagi edisi ketiga, ianya telah diadakan di Taman Tasik Titiwangsa dan berlangsung selama 3 hari. Festival ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian para pencinta dunia motor tempatan, malah ada juga yang datang dari luar negara khususnya negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Pelbagai aktiviti disediakan untuk para pengunjung, dalam masa yang sama memberikan peluang untuk pencinta dunia motor berkongsi pendapat dan pengetahuan masing-masing.

Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuklah Mr Biker Sado, Miss Ladies Bikers, Baby Bikers, Junior Bikers, Buskers, Permainan Tradisional, Pertandingan motor dan pameran dari gerai-gerai jualan yang disertai beberapa nama yang terlibat secara langsung dalam dunia permotoran, sama ada dari kecil-kecilan hingga berpengaruh.