Tetap Dapat Sambutan Walau Pertama Kali Diadakan


Saban minggu boleh dikatakan, pelbagai program motorcross atau cubcross samada terbuka dan tertutup dianjurkan di kawasan utara Malaysia. Tidak melampau kalau dikatakan, program ini menjadi antara aktiviti yang diminati oleh pelbagai peringkat umur.
Baru-baru ini, satu lagi program dianjurkan iaitu Lubuk Pusing Fun Race 2022. Program yang dianjurkan buat pertama kalinya ini telah berlangsung pada 6 Mac bersamaan hari Ahad di trek Lahar Tiang Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dianjurkan Kelab Belia Inspirasi dan This Is Bertam ini dimulakan seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 6.30 petang. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan;
– Tertutup Kepala Batas
– Cub Standard
– Cub Open
– CKD 40 Veteran
– CKD Open
– MX Open
*serta acara sampingan untuk Rider Cilik Kids Race Fun (kanak-kanak)


Walaupun diadakan buat pertama kali, program ini tetap mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para peminat motocross dan cubcross. Kebanyakan para peserta yang menyertai program ini datang dari kawasan utara, Perak dan juga Kuala Lumpur.
Program melabuhkan tirai dengan acara majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh ADUN Bertam, YB Khaliq Mehtab dan turut dihadiri wakil YB Pinang Tunggal. Jutaan terima kasih bagi pihak penganjur kepada YB Khaliq Mehtab, Pejabat ADUN Bertam dan ADUN Pinang Tunggal di atas sumbangan yang cukup besar dalam menjayakan program ini.


Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan penaja kerana tanpa penaja program ini mustahil dijalankan dengan cukup lancar. Antara para penaja yang telah menaja program ini seperti PD Unggul Ent, Ukhwan Transport, SV Bumi Engineering, ASM Procycle, Kudik Garage, Generasi Moto Liar. Tidak lupa kepada penduduk Lahar Tiang yang banyak membantu.
Semoga bertemu dalam program seterusnya yang pastinya lebih menarik.