Teknologi Terkini, Untuk Prestasi Lebih Mantap

Bagi pengguna dalam segmen motosikal kapcai, FKR memperkenalkan tayar model terbaharu yang diperbaharui dengan teknologi terkini demi memastikan ianya memberi kesan yang berbeza. Perubahan yang dilakukan pada model tayar RS980 TL adalah dari segi rekaan selain penambahan ciri-ciri yang lebih baik bagi memastikan pengguna motosikal terus berada dalam keadaan selesa pada prestasi yang lebih mantap.

Dengan teknologi terkini, untuk memberi prestasi yang lebih mantap dan cengkaman yang lebih berkesan, RS980 TL direka dengan alur berbentuk anak panah (uni-arah) pada bahagian kiri dan kanan bahu tayar. Ini bagi memastikan, corak RS980 TL membolehkan tayar FKR ini bertindak lebih cekap sewaktu penunggang meluncur pada waktu atau jalan raya basah akibat hujan. Dalam masa yang sama, corak terbaharu ini membolehkan RS980 TL memberi cengkaman maksimum sama ada ketika permukaan jalan raya kering mahupun basah.

Menarik mengenai penampilan terbaharu tayar FKR ini, terdapat beberapa alternatif tambahan di pinggir tapak tayar agar pengguna tidak terbuai-buai ketika mengambil selekoh atau berada pada laluan lurus. Corak kasar di bahagian tepi tayar, bukan sahaja mampu mencengkam permukaan jalan ketika di laluan selekoh, malah ia menghubungkan alur dengan cekap, menyerap henjutan permukaan jalan, di samping penunggang tetap selesa dan yakin sepanjang perjalanan.

Di bahagian tengah tayar, terdapat pusat kesimbangan dengan alur pada setiap sisi bagi memberikan kestabilan yang baik pada laluan lurus dan peningkatan prestasi pada jalan basah.

* Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Fkr Marketing Sdn Bhd
No. 2A, Jalan Wawasan 3/Ku7,
Sungai Kapar Indah,
42200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel :
03 – 3291 1901/ 03 – 3291 0178-80
Emel :
Domestik: leefkr@gmail.com
Eksport: stevenng@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/fkrmarketingsdnbhd/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCb7vWB5poG1Nvj2KsnH_r9A?fbclid=IwAR2PbJ_vocIAjhXYslNcUmfOXckLtAyMBGLS_HyYITNRVc3BUgkCHZYKIvw
Web : http://www.fkr.com.my