Teknologi Septet Guard, Perlindungan Enjin Yang Lebih Efektif

Terdahulu, IDEMITSU Lube (Malaysia) Sdn Bhd telah memperkenalkan barisan produk terbaharu di pasaran Malaysia termasuk IDEMITSU IRG 7 Series. Minyak enjin motosikal ini dihasilkan dengan menggabungkan kepakaran jurutera Idemitsu yang berpengetahuan luas khususnya dalam perlumbaan superbike dan MotoGP.

Sebagaimana yang diketahui, IDEMITSU menjadi penaja untuk kebanyakan perlumbaan motosikal. Sebagai pakar dalam minyak pelincir, IDEMITSU telah menghasilkan teknologi berskala nano yang tiada bandingan menerusi IDEMITSU IRG 7 Series. Formulasi penyesuaian nano ini membolehkan pemecutan dan penukaran klac lancar serta lembut untuk membolehkan pelumba fokus terhadap penunggangan khususnya ketika perlumbaan superbike.

Baca Selanjutnya ; https://roadstarmag.com/utama/memajukan-industri-petroleum-tanpa-membelakangkan-kepentingan-alam-sekitar.html

Septet Guard Technology
IDEMITSU IRG 7 Series juga dikenali sebagai model Flagship yang disuntik dengan Septet Guard Technology (Teknologi Perlindungan Septet), gabungan kepintaran pakar minyak yang menawarkan sebanyak 7 kelebihan perlindungan ultra. Bukan itu sahaja, teknologi ini juga mengoptimakan prestasi penunggangan.

Gabungan ketujuh-tujuh kelebihan ini dapat ditingkatkan lagi secara maksima bergantung kepada cara pemanduan anda. Bagi makluman, teknologi ini juga dapat membantu mempertingkatkan lagi prestasi enjin motosikal serta keseronokan menunggang agar anda dapat menikmati lebih kilometer.

Berikut, 7 kelebihan perlindungan ultra dengan penggunaan IDEMITSU IRG 7 Series;
Kuasa kuda (horsepower) maksima sebanyak 104%
Permulaan mendadak (kurang halangan aliran minyak)
Penukaran klac yang lembut (rendah geseran di ujian MTM)
Prestasi klac basah yang cemerlang (melangkaui standard JASO)
Kebersihan piston sebanyak 113%
Perlindungan anti-haus (anti-wear) sebanyak 140%
Kestabilan geseran yang tinggi (suntikan unit diesel)

* pemecutan yang bertenaga, kuasa kuda dan tork tinggi. Memecut dengan penuh bertenaga pada kelajuan 100km/j dan dalam masa yang sama mengekalkan kuasa kuda yang tinggi.

Anti-Kehilangan Kuasa Nanotech, Maksimakan Prestasi Enjin
Alami kemuncak pecutan dan kuasa kuda motosikal sambil melihat yang lain jauh ketinggalan di belakang anda.

Jika dilihat dalam perlumbaan motosikal, setiap saat adalah kritikal dan perbezaan yang kecil dalam output enjin boleh mempengaruhi keputusan. IDEMITSU IRG 7 ini menampilkan teknologi perlumbaan yang dipilih dengan cukup cermat oleh pakar-pakar industri. Ketika kelajuan tinggi, satu meter per saat boleh memberikan perbezaan yang sangat ketara.

Sekiranya anda serius tentang kelajuan dan kelancaran, IDEMITSU IRG 7 Series model Flagship ini bukan sahaja melindungi, malah melancarkan penukaran klac dan memaksimakan prestasi enjin motosikal. Bagi makluman, IDEMITSU IRG 7 Series model Flagship ini ditawarkan dalam pek 1liter untuk pasaran Malaysia.