Tayar Trazano RAM Sports & RAM30k, Mana Satu Jadi Pilihan, Agresif Atau Jimat?

Ramai mahukan tayar motosikal yang memiliki keupayaan seimbang seperti mampu bertindak agresif dan ada kalanya mahukan tayar menjimatkan untuk berulang alik ke tempat kerja. Mungkin juga ada yang masih memikirkan jenama apakah sesuai dengan keupayaan motosikal yang dimiliki ketika.

Jika mahukan sesuatu yang menyakinkan dan menepati citarasa jentera anda, terdapat dua model tayar Trazano yang kini menjadi pilihan ramai iaitu RAM Sports (untuk mereka yang agresif) dan RAM30k (bagi yang mementingkan penjimatan).

Tidak sekadar nama sahaja, Trazano adalah tayar yang mampu memberikan pulangan yang menyakinkan buat pengguna motosikal. Dalam istilah lain, dua model terbabit cukup sesuai untuk motosikal masa kini. Kedua-duanya mempunyai corak yang hampir sama namun berbeza dari corak bunga dan fungsi serta kegunaannya juga agak berbeza antara satu sama lain.

Model RAM Sports telah diuji dan mampu digunakan pada kelajuan 180 km sejam. Model ini menjalani ujian di makmal dan cukup sesuai untuk mereka dengan jentera agresif. Trazano RAM Sport memberi impak yang cukup berkesan di atas jalan raya. Dalam ujian keberkesanan di makmal, RAM Sport mampu mencapai pada peringkat tertentu dan paling penting tahap pecutan maksimum.

Manakala RAM 30k dikhaskan untuk segmen motosikal bagi kegunaan harian. Kebiasaannya tayar jenis ini digunakan bagi mereka yang kerap menggunakan motosikal sebagai pengangkutan untuk berulang alik ke tempat kerja. Selain dari itu, model ini juga mempunyai ketahanan melebihi jangka hayat berbanding kebanyakan tayar biasa. Untuk rekod, jangka hayat tayar Trazano bagi model RAM 30k yang diuji di makmal ujian nyata berbaloi buat pengguna yang inginkan jangka hayat tayar yang lebih lama.

Terdapat pilihan saiz tayar yang berbeza mengikut keperluan rim dari saiz rim 14 dan 17 inci dengan profail tayar paling kecil ialah 70/90 hingga paling besar adalah bersaiz 120/70.

Jika dibandingkan dengan model lain, tayar Trazano sama ada RAM Sport atau RAM 30k mempunyai kelebihan bersama rekaan bunga yang cukup menarik. Selain itu, tayar Trazano menyumbang kepada prestasi di atas jalan basah lebih baik dan prestasi yang meyakinkan atas jalan kering.

Bagi mereka yang masih tercari-cari yang terbaik, saranan penulis adalah tayar Trazano. Bukan sahaja pilihan menyakinkan dan selamat, malah Trazano nyata memberi tunggangan yang menyeronokkan dan pilihan bijak untuk jentera.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

KOYOKO M P SDN BHD
Plot 163, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 11,
Mukim 13, Kawasan Perindustrial Bukit Minyak,
14100 Seberang Prai Tengah,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604 502 0139
Email : sales@koyoko.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/koyokosales
Web : https://koyoko.com.my/
Agen-agen KOYOKO boleh didapati di www.koyoko.com.my/dealers-2