Syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah melancarkan kempen MODENAS Dominasi Impianmu bermula dari 2 Mei sehingga Hari Merdeka iaitu pada 31 Ogos 2020. Kempen ini bertujuan untuk membantu peminat motosikal di negara ini mencapai impian mereka dengan memiliki motosikal streetbikes sendiri.
Sebanyak RM1,000 rebat tunai ditawarkan kepada para pembeli Modenas Dominar D400 ‘touring bike’ sekali gus menjadikan ia sebagai model sport tourer 4000cc paling mampu milik dalam segmennya. Dominar D400 seberat 182kg ini mengekstrak kuasa daripada enjin DTS-i silinder tunggal, penyejukan cecair serta suntikan bahan api yang menghasilkan 35PS kuasa maksimum pada 8,000rpm dan tork puncak 35Nm pada 6,500rpm.
Nama Model
Dominar
Varian
D400
Warna
Semua Warna
Harga Semasa (Tanpa Insuran)
RM 13,788.00
Harga Dominasi Impianmu
RM 12,788.00
D400 ini menggunakan kaliper dwi-omboh 320mm di bahagian hadapan dan kaliper omboh tunggal 230mm di bahagian belakang. Tugas suspensi dilakukan oleh 43mm cabang teleskopik bahagian hadapan dan ‘mono chock’ boleh laras pelbagai langkah pada bahagian belakang.
Varian ini hadir dengan tiga warna dan dilengkapi jaminan 2 tahun atau 20,000km atau mana-mana yang terdahulu.
Duduk di rumah dan selamatkan nyawa – #MODENASPrihatin
Kepada semua rakyat Malaysia di luar sana, sila amalkan kebersihan yang baik, jaga jarak sosial dan patuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah. Pastikan anda mencari wakil pengedar sah MODENAS terdekat dengan melayari laman sesawang rasmi MODENAS Malaysia, www.modenas.com. Untuk acara dan promosi yang lebih eksekutif, pastikan anda mengikuti halaman Facebook dan Instagram rasmi MODENAS.