Yamaha 135LC dalam warna dan reka corak baru untuk tahun 2021. Terdapat dalam 4 pilihan iaitu Yamaha Blue, Fiery Red, Metallic Cyan dan warna edisi khas Stealth Gold.
Apa yang lebih menarik, harga jualannya masih kekal tidak berubah iaitu RM6,868 untuk versi standard dan RM7,118 untuk versi edisi khas (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).
Bukan itu sahaja, setiap unit akan dilengkapkan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100.