Tag Harga Masing-Masing Dikekalkan, Bermula Dari RM11,988 Dan RM21,500


Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua varian warna baharu bagi jentera MT-25 dan model MT-15 bagi penampilan versi 2021. Penampilan itu, bagaimanapun membabitkan corak grafik dan warna luaran sahaja.

Bagi model MT-25, Yamaha memperkenalkan warna Yamaha Blue (biru) dan Storm Fluo (kelabu) bagi tahun ini. Sementara bagi jentera MT-15, HLYM menampilkan 3 warna bagi varian 2021 dengan variasi warna Biru, Hitam dan Kelabu. Kedua-dua model terhangat jenama Yamaha itu, masih mengekalkan tag harga masing-masing dengan MT-25 bagi versi 2021 didatangkan pada tag harga RM21,500 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran.


Begitu juga bagi pembelian model MT-15, anda boleh membeli pada harga terdahulu kerana HLYM masih mengekalkan model ini pada tag harga RM11,988 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran). Sedikit info mengenai jentera ini, MT-25 masih mengekalkan enjin dua silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa 35.1PS sementara tork 22.6Nm pada 10,000rpm manakala model MT-15 menggunapakai enjin silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair dengan kuasa 155cc mampu mencapai 19.3PS dan tork 14.7Nm pada 8,500rpm.

Menarik mengenai pembelian kedua-dua model ini, pembeli beroleh cenderhati menarik dari HLYM berupa kunci cakera Yamaha bernilai RM100 pada setiap pembelian samada bagi model MT-15 atau MT-25.