Tidak dinafikan yang setiap kali menempuh laluan berbukit dan banyak selekoh, memang seronok memecut laju. Tidak kiralah sama ada anda memandu kereta mahupun menunggang motosikal khususnya di waktu jalan tengah lengang. Rasa bebas sambil membelah angin. Betul tak?
Namun begitu, keselamatan diri perlu jaga dan jangan syok sangat macam di litar lumba kerana jalan terbuka seperti ini mengundang bahaya berlipat kali ganda seperti yang berlaku ke atas seorang penunggang motor yang berkongsi kejadian tersebut di Youtube.
Sebenarnya, beliau tidak perlu pun melakukan tindakan berisiko dan berbahaya itu kalau patuh had laju sebaik sahaja melihat papan-papan amaran yang ada disediakan pada awal-awal lagi. Setuju? – Carscoops