Sebut saja jenama Suomy, terbayang produk topi keledar yang dipakai oleh bekas-bekas pelumba dunia dan terkini di atas trek tarmac. Topi keledar dalam kelas elit merupakan jenama topi keledar buatan Itali. Antara pelumba yang pernah menyarung jenama di bawah Suomy dahulu dan kini dan pernah satu ketika dulu pernah bergelar juara dunia termasuk Troy Bayliss (WSBK), Max Biaggi (WSBK), Loris Capirossi (MotoGP), James Toseland (MotoGP), Andrea Dovizioso (MotoGP), Alvaro Bautista (MotoGP) dan Neil Hodgson ). M.Lesay (GP) M. Malovec (GP)
Ketika ini, hanya dua pelumba MotoGP, memakai tajaan topi keledar jenama Suomy iaitu Andrea Dovizioso (Ducati Racing Team) dan rakan senegara, Francesco “Pecco” Bagnaia dari pasukan Pramac Racing Team. Di Malaysia, Suomy yang diedarkan oleh MKA Motorparts (M) Sdn Bhd memperkenalkan model Suomy Stellar, khas buat penunggang jentera sport touring yang bercita-cita untuk melakukan perjalanan yang jauh ke destinasi impian mereka.
Stellar yang bermaksud ‘Bintang’ dalam bahasa Itali, dicipta bagi memenuhi keperluan penunggang muda yang mahukan kelainan ketika mengembara bersama jentera mereka ketika melakukan perjalanan jauh. Model Suomy Stellar merupakan topi keledar bertutup penuh dengan sistem pengaliran udara di bahagian kepala lebih besar berbanding jenama topi keledar lain. Sekalipun pada kelajuan yang berbeza, ia mampu memberikan pengudaraan yang baik kepada penunggang terutamanya pada keadaan cuaca yang tidak menentu di tanahair.
Hal itu, menjadikan Suomy Stellar tergolong antara topi keledar dengan bahan termoplastik termaju dalam kelasnya. Penggunaan bahan komposit, Speedstar mampu menyerap tenaga yang terhasil daripada impak dan menyebarkannya ke seluruhan bahagian topi keledar. Direka khas samada untuk kegunaan dalam bandar dan pelancongan, Suomy Stellar direka dengan ciri-ciri keselamatan, reka bentuk dan keselesaan. Visor yang besar dalam Kelas Optik 1, kanta Pinlock Max Vision dan pencahayaan yang optimum, menjadikan Suomy Stellar cukup selesa bagi setiap keadaan penglihatan.
Selain keselesaan ketika memakai, bahagian dalam yang menggunakan fabrik hypoallergenic boleh ditanggalkan samada di cuci atau diganti dengan fabrik yang baharu. Grafik yang baharu, menarik dan bergaya yang menyerlahkan warna Stellar ikonik. Terdapat, 13 model terbaharu topi keledar Suomy Stellar yang diedarkan oleh MKA Motorparts (M) Sdn Bhd, dan anda boleh memperolehi kesemua topi keledar Suomy Stellar pada rangkaian kedai-kedai terpilih di seluruh tanah air.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (HQ)
No.40, Jalan TTP5 Taman Perindustrian Putra
47130 Puchong, Selangor
No Tel : 03-5880 5533
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Warehouse)
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100
Emel : info@motorparts.asia
Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/
Facebook : https://www.facebook.com/racingboy.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SUOMYMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/r9exhaust.my/
MKA Website: http://www.motorparts.asia/
Racingboy Website : https://www.racingboy.com.my/
Suomy Website: http://www.suomy.com/en/
KYT Website: http://www.kythelmet.com/
R9 Exhaust Website: http://r9exhaust.com/