Sproket dan Rantai M-Seki Dicipta Dari Adaptasi Litar Lumba

Sproket atau sprocket (Bahasa Inggeris) atau istilah sebenar dalam Bahasa Malaysia iaitu gegancu, merupakan komponen pacuan akhir unit transmisi yang bertindak menghantar tenaga putaran daripada enjin kepada roda belakang. Seperti jenama sproket dan rantai lain, M-Seki turut memperkenalkan beberapa barangan mereka seperti sproket untuk tiga model terpilih iaitu Yamaha RXZ, Honda RS150 dan Yamaha Y15ZR.

Selain sproket, M-Seki jenama yang turut bersaing dalam arena Cub Prix Kebangsaan turut mengetengahkan rantai yang diberi nama O-Ring Gold Chain. Bagi sproket M-Seki terbaharu, tiga model pilihan yang ditawarkan untuk sproket M-Seki iaitu RXZ mempunyai tujuh gigi berbeza dari jenis 35T sehingga 41T. Bagi model RS150 pula enam pilihan gigi bermula dari angka 40T sehingga 45T manakala bagi model Y15ZR ada lima pilihan model iaitu dari angka 38T hingga 42T.

Sekadar pengetahuan pengguna, simbol T merujuk kepada ‘Teeth’ atau ‘Gigi’ yang kebiasaannya tertera pada permukaan sproket. Sebagai perbandingan, penunggang seperti jentera Y15ZR yang mahukan kelajuan maksimum tinggi kebiasaannya akan merendahkan saiz sproket belakang 1 gigi, daripada 42T menjadi 41T dengan nisbah rendah 2.9. Bagi penunggang yang kerap membawa penumpang atau muatan berat pula, mereka boleh menaikkan saiz sproket belakang kepada 43T untuk nisbah lebih tinggi 3.1.

 

Sementara itu, pengedar jenama M-Seki, MotoMate (M) Sdn Bhd turut memperkenalkan dua model rantai M-Seki O-Ring Gold Chain untuk ditawarkan kepada penunggang yang memilih M-Seki selaku pilihan aksesori ketika ini. Model rantai disaluti warna emas tersediakan dalam dua jenis iaitu 415H-122L O-Ring dan 415-H 132L O-Ring adalah pilihan tepat dan selamat untuk kegunaan harian motosikal anda.

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Motomate (M) Sdn. Bhd.
Importers & Dealers Of Motorcycle’s Auto Parts Accessories & Helmets
No. 13, 15 & 17, Jalan Pinggir,
Off Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.
Tel :
03 – 4041 3380
03 – 4041 6418
03 – 4042 9844
03 – 4045 8288
Emel : mmate1128@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/motomate3218/