Sportbike Benelli Baharu Muncul di dalam Gambar Tangkapcuri


Benelli telah menjanjikan kemunculan tujuh model baharu untuk tahun ini. Oleh itu, ia tidak mustahil yang pengeluar itu sedang sibuk membangunkan model-model baharu. Sekarang muncul gambar tangkapcuri sebuah motosikal jenis sportbike di negara China.

Tidak silap yang ini sebuah Benelli apatah lagi dengan jenis fork hadapan serta kaliper brek hadapan yang sinonim dengan pengeluar itu. Penampilan model ini sporty dan cantik lagi dengan gaya lampu hadapan, pelana duduk yang dibahagi dua, dan ekzos yang kompak.

Ada khabar angin yang mengatakan bahawa model ini menggunakan enjin dwi-silinder 502cc seperti yang terdapat pada Leoncino 500. Enjin ini menghasilkan sebanyak 46.8 hp pada 8500 RPM dan 46 Nm tork pada 6000 RPM.

Apakah model ini akan dinamakan 502R kelak?

Sumber : Rushlane