Adakalanya, motor-motor vintaj tampil sangat aneh. Salah satunya, jenama Salsbury yang dimulakan di era tahun 1930an. Ia menawarkan pengangkutan murah selepas pra-Depression Americans dan apa yang anda lihat sekarang merupakan Model 85 yang dikeluarkan pada tahun 1947!
Pengasasnya, E. Foster Salsbury memulakan jenama ini dengan Aero Model Motor Glide pada tahun 1936 dan hanya 2 dozen yang pernah dihasilkan. Bagi makluman anda, Amelia Earhart juga terlibat dalam penghasilan Salsbury sebagai salah satu inspirasi.
Sebagaimana yang dapat dilihat, Model 85 keluaran tahun 1947 ini masih lagi elok dan menampilkan beberapa ciri yang berfikiran ke hadapan yang lebih maju dari tahun ia dihasilkan dan berkongsi sedikit persamaan dengan Vespa. Dari sudut mekanikal, ia dilengkapkan dengan CVT tetapi bukanlah variasi yang berterusan. CVT pada Salsbury ini bermaksud Constant Velocity Transmission dan bukannya transmisi seperti CVT moden di zaman sekarang.
Enjinnya pula terletak di tengah-tengah dan ia juga didatangkan dengan sebuah boot sebagai kemudahan menyimpan barang. Tidak seperti motosikal moden, skuter ini menampilkan pendikit dan brek kaki – sama seperti kereta kerana pengawalan kaki lebih mudah untuk para pelanggan yang menggunakan kereta menyesuaikan diri ketika menunggang skuter ini. Enjin 320cc dengan penyejukan kipas, injap sisi yang menghasilkan 6hp, skuter ini mampu mencapai kelajuan tertinggi 50batu per jam.
Skuter Model 85 dari Salsbury dikeluarkan di antara tahun 1947 sehingga 1950 dan kurang 1000 unit dihasilkan.