Skuter elektrik sudah menjadi kebiasaan di pasaran Eropah dan juga Asia. Walaupun ia masih lagi belum memasuki pasaran perdana di US, sedikit masa lagi ia pasti akan menjadi trend terkini ekora pelbagai kelebihan termasuklah bebas pengeluaran asap, ringan dan sangat mudah dikendalikan.
Skuter elektrik keluaran Zapp dari British ini, telah mula diperkatakan sejak tahun 2018 lagi. Ia memenuhi keperluan sebuah komuter yang sangat tajam, gaya seperti di angkasa dan juga dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi terkini. Dalam masa tiga tahun, Zapp berjaya mengembangkan rangkaian pasarannya sehingga Eropah.
Sekarang, ia boleh didapati di Jerman, Zapp i300 merupakan satu komuter atau kenderaan yang mesra alam sekitar dan dalam masa yang sama agak mahal. Harga yang dijual dianggarkan sekitar $7,500 USD (RM31,642.50).
Dengan harga yang agak mahal, adakah ia memadai dan berbaloi?
Sebagai permulaan, ia merupakan sebuah jentera yang sangat ringan; penampilannya pula memperlihatkan ia sangat mudah dan seronok untuk ditunggang. Hanya seberat 90kg, output kuasa skuter elektrik ini adalah 19hp. Menurut Zapp, badan i300 ini dibina dari bahan komposit lestari yang bermaksud, ia boleh dikitar semula sekiranya skuter ini sudah tidak boleh digunakan lagi.
Manakala bagi sudut teknologi pula, Zapp i300 dilengkapi dengan 2 pek bateri 1.4kW yang boleh ditukar dan setiap satunya mempunyai berat 5.4kg yang ditempatkan di bawah kaki penunggang. Ia secara tidak langsung memberikan pusat graviti yang rendah dan mempertingkatkan lagi kestabilan pada kelajuan, menjadikan ia mudah dikendalikan.
Menurut Zapp lagi, i300 mampu mencapai kelajuan sehingga 98 km/j atau 61 batu per jam. Manakal bateri pula memberikan julat perjalanan sejauh 64 km atau 40 batu. Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, i300 ini agak mahal. Selain dari itu, ia mempunyai penampilan yang cukup bergaya dan didatangkan dengan kit premium.
Sumber : Rideapart / Motorrad