Siri Dengan Bilangan Terhad, Bakal Berada Atas Jalan Raya Tahun Ini!

Pengeluar motosikal Czechoslovakian, Böhmerland telah membuka pintunya pada tahun 1924 tetapi terpaksa menghentikan operasi ketika Perang Dunia Kedua. Walaupun begitu, model-model yang terselamat ketika perang itu mudah dikenalpasti dan ianya kerana rekaan juruteranya, Albin Leibisch.

Dalam kebanyakan model Böhmerland dimuatkan enjin satu silinder 600cc yang menampilkan rim aluminum sebelum industri permotoran dua roda menemui teknologi baru pada tahun 1970an. Selain karakternya yang unik, Böhmerland menawarkan barisan motosikal konfigurasi Sport, hamparan Touren untuk tiga orang dan 4-tempat duduk Langtouren.

Ia sekali gus memanjangkan lagi motosikal ini dengan model Langtouren yang mencatatkan rekod wheelbase terpanjang dalam semua pengeluaran motosikan dengan catatan 10.5 kaki. Limo dua roda Böhmerland jelas sangat popular di zamannya tetapi itu tidak menghentikan Peter Knobloch untuk menghidupkan semula jenama ini pada tahun 2019.

Berbekalkan pengalaman dan latar belakangnya sebagai pengarah cetakan 3D, menjadikan beliau sebagai ketua projek paling ideal. Pasaran motosikal moden telah pun jauh berubah sejak rekaan pra-peperangan tetapi Knobloch cuba mengekalkan DNA yang ada pada Böhmerland sebanyak mungkin dengan konsep Böhmerland 21.

Sebagaimana model-model terdahulu, ia juga menggunakan 600cc thumper. Bagaimanapun, penyejuk air dan pengecas super menolak satu silinder ini kepada 46.9 hp dan tork 44.2 lb-ft. Enjin 600cc diletakkan dalam kerangka seakan bentuk Böhmerlands yang asal tetapi axle belakang dipasangkan dan bertindak sebagai lengan ayun.

Dengan berat hanya 341 paun, konsep 21 menyamai motor cruiser pesaing-pesaingnya. Selain itu, Knobloch turut mengecilkan wheelbase kepada 62.2 inci yang semestinya kurang panjang dari Langtouren. Akhir sekali, Böhmerland 21 akan dipasangkan dengan set rim aluminum dengan warna kuning/merah seperti yang terdapat pada motosikal asal.

Jangkaan untuk memulakan pengeluaran Böhmerland 21 ini pada tahun 2023 yang bermula dengan 10 unit terhad dengan harga pada $62,800 USD (RM269,135.17) per unit.