Sidang Media Husqvarna Motorcycles Malaysia

Baru-baru ini, Husqvarna Motorcycle Malaysia telah menghantar jemputan kepada pengamal media untuk menghadiri sidang media yang bakal berlangsung pada 28 Disember, minggu hadapan. Sidang media ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terbaharu tentang motor Husqvarna Motorcycles Malaysia dan juga berita terkini pengedar dan pengimport terbaharu iaitu Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd.

Selain itu, pihak media dan juga para pengedar akan diperkenalkan dengan Husqvarna Motorcycles Malaysia dan motor-motor keluaran Husqvarna Motorcycles. Malah, para pengamal media juga diberi peluang untuk menunggang uji motor-motor pada hari tersebut.