Siaran Tertunda Ditayangkan Di Malaysia Dan Itali, Tiup Semangat Kepada Barisan Pelumba Dan Pasukan Bertanding


Mungkin ramai yang sudah pun bersesak di atas jalan raya menuju ke kampung masing-masing. Dalam masa yang sama, tidak mahu ketinggalan perkembangan terkini tentang Malaysia Superbike Championship yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini. Para peminat sukan lumba motor ini berpeluang menyaksikan aksi mendebarkan barisan pelumba negara yang boleh ditonton menerusi siaran tertunda yang ditayangkan di Malaysia dan Itali.

Bagi peminat di Malaysia, anda boleh menyaksikan siaran ini di Astro Arena dalam bahasa Melayu dan peminat di Itali pula boleh menonton siaran ini yang ditayangkan oleh MS Motor TV dalam bahasa Itali. Saluran ini boleh ditonton menerusi Sky Channel 229 di satelit dan Tivusat Channel 55 di platform digital.

“Ia merupakan satu perkembangan baharu yang mengujakan. Ia sesuatu yang membanggakan apabila penyiaran mula menunjukkan minat terhadap MSBK,” ujar Ron Hogg, pengarah Two Wheels Motor Racing yang berharap ia akan meniupkan semangat serta keyakinan kepada pelumba dan juga pasukan yang bertanding.

Sumber : MSBK