Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, Musim 29 meraikan satu lagi kejayaan dengan pusingan terakhirnya di Batu Kawan, Pulau Pinang. Walaupun cabaran pasca pandemik tidak memberikan ketentuan yang sewajarnya, namun PETRONAS bersama-sama dengan pihak penganjur kejuaraan telah berjaya mencari jalan untuk beroperasi di samping norma baharu demi mencapai misi bersama dalam memenuhi kejuaraan perlumbaan motosikal 10-pusingan tersebut.
“Pencapaian kami sudah pasti tidak kesampaian jikalau bukan kerana langkah-langkah teratur dan kerjasama daripada sahabat-sahabat Cub Prix dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengecapi misi bersama. Terima kasih dan Syabas kepada semua. Tahniah juga kepada para pelumba dan pasukan untuk satu lagi kejayaan!”