Shukree ‘Peaceman’ dan Harley Davidson Trike Tri Glide

Shukree bin Abdullah mungkin nama yang tidak asing bagi penggemar motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson. Berasal dari Johor Bahru dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau Mendapat pendidikan awal di SMK Tasek Utara, kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan di UiTM Shah Alam.

Shukree terlibat dalam bidang pemasaran seawal usia dua puluh tahun sebagai jurujual di syarikat menjual kenderaan Suzuki. Selain itu, beliau pernah bekerja dalam industri jualan automotif bersama Proton dan Perodua dengan jawatan pengurus pada tahun.

Bermula pada tahun 1999, beliau sudah memiliki Honda Kapcai C90. Pada tahun 2000 memiliki motosikal Virago dan Honda Shadow. Disebabkan minat yang sangat mendalam terhadap motosikal, Shukree menjadikannya sebagai koleksi. Namun disebabkan beberapa faktor, beliau telah beralih arah ke koleksi kereta.

Harley Davidson

Beliau mula bekerja dengan syarikat milik Bumiputera, Utama Motors (M) Sdn Bhd pada tahun 2012 yang terkenal dengan kereta mewah recond. Pernah dianugerahkan Penjual Terbanyak beberapa kali sepanjang berkhidmat.

Pada September 2014, beliau telah membuat keputusan untuk beralih arah ke bidang pamasaran motosikal berkuasa tinggi milik Dato’ Marof Khan dan Datin Suzana Kamaruddin iaitu FS Bikes yang beroperasi di Ampang Point.

Memiliki Harley Davidson (HD) merupakan suatu yang sangat diimpikan olehnya suatu masa dahulu. Tidak dinafikan bukan mudah untuk menempa nama dan dikenali dalam kalangan bikers.

Bertitik tolak dari mengikuti setiap acara, berkenalan dengan para bikers, serta menjaga hubungan sesama bikers bermula dari memilih, membeli, menghantar dan juga servis selepas jualan.

Tidak dilupakan buat isteri beliau yang menjadi tulang belakang memberi sokongan dari awal pembabitannya untuk terus menjual dengan luar biasa.

Setelah tiga tahun beliau dapat memiliki motor HD pertamanya iaitu Street Glide Electra Ultra. Manakala syarikat pula menawarkan motor trike untuk dibawa ke acara yang diadakan.

Berkuasa 1700 CC, dengan berat hampir 500kg, motosikal tersebut dibawa masuk dari Amerika Syarikat, model tahun 2015 ini boleh mencapai harga hingga RM229,000. Ia sangat terhad di pasaran Malaysia dengan jumlah tidak lebih dari dua puluh buah yang diketahui setakat ini. Enam daripadanya dibawa masuk melalui FS Bikes.

Bermula sekitar penghujung 2014, Shukree mula terlibat dengan aktiviti-aktiviti permotoran yang dianjurkan seperti International Bikes, KL Bikes Weeks, SDMC PD Bike Week, Terengganu Bike Week, Sibu Bike Week, JB Bike Week, Art of Speed, Bingit, dan sebagainya.

Manakala acara usahasama yang berjaya diadakan adalah seperti, Sportster Annual Run Malacca 2015, Bikers United for Charity 2016 dan Kembara Watikah Katana Ride 2017. Tidak kurang juga diadakan konvoi santai dan The Tarik Santai (TTS) bersama kumpulan motor HD sekitar Kuala Lumpur.