Shoei Replika Marquez 2020, Dibuka Bagi Pra Tempahan

Pengeluar topi keledar bertaraf dunia, Shoei melancarkan dua model helmet replika iaitu Shoei Z7 Motegi dan Shoei X-Spirit 3 Rodeo – suatu penghargaan buat juara dunia, Marc Marquez yang muncul juara buat kali ke-6 MotoGP 2019 lepas.

Kedua-dua model Shoei Marc Marquez bagi edisi 2020 hanya boleh didapati dengan membuat pra tempahan di Welly Advance Bikers Sdn Bhd sebanyak RM500 dan kedua-dua model didatangkan pada harga berbeza. Bercakap mengenai helmet Shoei, ramai yang mengingati angka keramat 93, Marc Marquez. Generasi ketiga X-Spirit adalah hasil dari pengalaman Marquez sepanjang perlumbaan di Grand Prix 2019 dan apa yang jelas adalah hasil pemerhatian kejuruteraan Shoei terhadap penunggang mereka.

 

X-Spirit Rodeo ialah siri helmet yang direka khas bagi prestasi pelumba litar dengan ciri aerodinamik terbaik sekali pun berada pada tahap kelajuan mencecah lebih 290kmj. Ruang dalam juga dibangunkan dengan ventilator udara (ruang pengudaraan) dan aerofoil mengekalkan si penunggang dalam keadaan kering dan selesa.

Manakala, Shoei Z7 Motegi adalah topi keledar bagi kegunaan harian turut memiliki keunikan sendiri dengan lakaran yang agak menarik dengan ikon anak kucing berada bahagian belakang. Berbeza dengan grafik yang tertera pada keseluruhan Shoei X-Spirit 3 Rodeo. Model ini mengalami sedikit perubahan dengan lakaran penaja Red Bull tiada lagi di bahagian tepi topi keledar Shoei X-Spirit 3 Rodeo untuk edisi 2020.

Menurut pihak Welly Advance Bikers, tiada tarikh rasmi mengenai pelancaran Shoei Z7 Motegi dan X-Spirit 3 Rodeo tetapi dijangka topi keledar replika ini akan berada di pasaran penghujung Mei 2020 depan. Harga juga tidak didedahkan tetapi dijangka menyamai harga helmet edisi terhad X-Spirit 3 dan Z7 Motegi sebelum ini dengan kedua-duanya berada pada tag harga berbeza.

Sebarang pertanyaan untuk pra tempahan, boleh menggunakan perkhidmatan mesej perisian percuma (WhatsApp) atau hubungi 017-252 1033 – Eugene.

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Welly Advance Bikers Sdn Bhd
Kawasaki Exclusive Service Centre
No. 1-3, Jalan Sri Batu Caves 9,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 6188 2346
Whatsapp: 017-252 1033 (Eugene) , 017-258 1033 (David Lim) 017-490 1033 (Aziz)
Facebook : www.facebook/wellyadvancebikers
Facebook : www.facebook.com/WellyAccessoriesApparels/