EMPAT pengguna bertuah stesen minyak Shell diraikan oleh syarikat minyak antarabangsa itu pada majlis penyampaian cek berjumlah RM20,000 seorang dalam kempen ‘Nak Ekstra RM20,000?’ yang diadakan di Shah Alam hari ini.
Kempen ‘Nak Ekstra RM20,000?’ oleh Shell yang berlangsung dari 1 Disember lepas dan berakhir pada 9 Februari ini masih berterusan dan akan terus memberi peluang kepada pelanggan di Malaysia untuk menjadi pelanggan Shell bertuah menikmati ganjaran di tahun 2020 ini.
Menerusi kempen ini, pelanggan yang mengisi minyak dengan minima RM40 layak untuk mengisi borang penyertaan dan menjawab beberapa pertanyaan seterusnya bakal membawa pulang sejumlah RM20,000 atau menjadi 20 nama pemenang saguhati yang akan menerima RM1,000 setiap minggu.
Seramai 84 pelanggan bertuah Shell telah menerima ganjaran masing-masing dan kini Shell masih menanti seramai 126 bakal pemenang lagi untuk menempa nama sebagai pemenang hadiah utama atau hadiah saguhati sehingga tempoh kempen berakhir awal Febuari nanti.
Empat pelanggan bertuah Shell, Mohd Raffi Ismail (Bangi), Gunaraj Murugasan Muhd. Shukri Muhd Deris dari Bera, Pahang dan Azniza Bakar dari Nilai, Negeri Sembilan merupakan pemenang hadiah utama dari minggu pertama hingga ke empat.
Bagi pemenang hadiah utama minggu ketiga,Muhd Shukri Muhd Deris, hadiah yang diterima ini adalah untuk sesi keluarganya. “Anak perempuan saya berumur enam tahun berada di pra-sekolah. Walaupun saya teruja untuk melihat dia memulakan tahun persekolahan, saya bimbang juga mengenai kos pembelajaran seperti pembelian buku-buku sehingga ke pakaian seragam sekolah dan juga bayaran sekolah yang lain.
“Bayangkan kelegaan saya apabila saya diberitahu saya merupakan pemenang hadiah utama RM20,000 daripada Shell Malaysia. Wang tunai tambahan yang tidak dijangka ini adalah satu rahmat buat saya, isteri dan keluarga saya, kerana ia akan menyumbang kepada simpanan kami dan juga pendidikan anak-anak saya. Terima kasih, Shell, dan saya harap anda akan terus memberi ganjaran kepada keluarga Malaysia pada tahun 2020! ”
Sementara Azniza Abu Bakar, pemenang minggu keempat menyifatkan kemenangan ini sesuatu yang tepat pada ketika dia mengimpikan untuk membeli sebuah penginapan baharu dan baki selebihnya untuk simpanan masa depan.
“Saya banyak berdoa supaya diberi jalan untuk memudahkan saya memiliki sebuah rumah. Alhamdulilah, impian saya tertunai dengan pemberian yang cukup istimewa dari Shell Malaysia,” ujar pelanggan Shell yang berkerja di Nilai, Negeri Sembilan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain menyatakan, “Ini bukan cerita Shell, ini adalah kisah pengalaman hidup oleh para pelanggan Shell di Malaysia.
“Kami memahami bahawa ramai yang masih bergelut dan menghadapi cabaran dalam kehidupan dan matlamat Shell adalah untuk membantu dan meringankan beban rakyat Malaysia menerusi kempen ‘Nak Ekstra RM20,000?’.
Selain penyampaian cek kepada tiga dari empat pemenang utama, majlis juga turut dihadiri pemenang saguhati yang bersama meraikan majlis tersebut.
Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin