Sesuai Untuk Kanak-Kanak Yang Mahu Belajar Menunggang Motosikal

Setiap kali bercakap tentang motosikal pasca perang, lazimnya ramai yang memikirkan tentang Harley Davidson yang amat popular khususnya di luar negara kerana itulah yang digunakan oleh tentera di sana. Namun, ia bukanlah satu-satunya motor yang digilai ketika zaman itu kerana skuter juga digemari dan salah satu contohnya skuter Doodle Bug ini.

Selepas sahaja Perang Dunia Kedua berakhir, industri terpaksa mengubah tujuan dari menghasilkan jentera yang digunakan untuk peperangan kepada pengangkutan yang digunakan oleh orang ramai (orang awam). Doodle Bug ini merupakan sebuah motosikal minimalis terbaik, ia lebih dari sekadar kerangka besi dengan enjin Stratton NP dan Briggs yang menghantar kuasa kuda ke roda belakang.

Tiada suspensi, tiada lampu kerana lampu hanya diberikan sebagai pilihan ekstra yang boleh dipasangkan pada Doodle Bug ini untuk mengesahkan penggunaannya secara rasmi di atas jalan raya. Sebuah tangki gas silinder kecil diletakkan di bawah, di belakang tayar. Tayar pneumatik ini memberikan satu-satunya suspensi di antara penunggang dan jalan.

Jelas sekali, Doodle Bug bukanlah sebuah motosikal berkelajuan pantas. Ianya sangat murah dan mudah dibeli, malah sangat popular di kalangan kanak-kanak. Tidak mustahil, ramai yang belajar menunggang motosikal dengan menunggang Doodle Bug ini sebagai motor pertama mereka.

Sumber : Rideapart.com