Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini memberikan impak yang besar khususnya kepada golongan yang terjejas. Di atas kesedaran itu, pihak Hong Leong Yamaha Motor ingin membantu untuk mengurangkan beban dengan melancarkan Kempen Bantuan Banjir Yamaha Cares.
Kempen ini akan dimulakan dari 22 Januari sehingga 29 Januari dan melibatkan beberapa pengedar sah. Sebelum hadir untuk mendapatkan servis ini, para pelanggan dinasihatkan untuk membuat panggilan terlebih dahulu dan membuat temujanji kerana walk-in tidak dibenarkan. Selain itu, para pelanggan perlu mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial sejauh 1 meter.
Bagi memudahkan urusan, ruang parking turut disediakan untuk pelanggan dan seorang pelanggan hanya dihadkan satu unit motosikal sahaja. Servis percuma ini tidak termasuk alat ganti.
Para pengedar sah yang turut menyertai kempen ini;
N.H.S Motor Sdn Bhd, Johor. No Telefon : 07-8830260
Bentong Asia Motor Sdn Bhd, Pahang. No Telefon : 09-2221860
Poh Shun Motors, Pahang. No Telefon : 09-2963381