Seronok Tetapi Ada Bahaya Yang Menunggu, Sentiasa Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Keadaan yang sejuk, kurang kenderaan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa antara faktor yang membuatkan ramai memilih untuk menunggang di waktu malam. Anda juga boleh menunggang dengan tenang dan bebas tanpa perlu bersaing dengan kenderaan-kenderaan lain. Tidak dinafikan, menunggang di waktu malam memang menyeronokkan jika dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Sebagaimana yang diketahui, waktu malam juga kerap berlakunya kemalangan walaupun keadaan trafik jauh lebih lancar berbancing waktu siang. Bagi memastikan perjalanan sentiasa selamat dan penunggangan lebih menyeronokkan di waktu malam, ada beberapa tips yang boleh membantu anda.

1. Boleh Dilihat Oleh Pengguna Jalan Raya Lain
Motosikal mempunyai keratan rentas hadapan yang lebih kecil menyebabkan lampu utamanya berada dekat di antara satu dengan lain. Pemandu yang tidak pernah menunggang motor sebelum ini, mudah melakukan kesilapan ekoran gagal menjangka jarak motor yang menghampiri kerana hanya melihat lampu utama sahaja dan bukan apa yang berhampirannya.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini, penunggang motosikal harus beri ruang yang cukup atau lebih. Sekiranya mahu memintas kereta, berikan ruang dan jarak yang lebih. Jika ingin mengekori sebuah kereta atau kenderaan, ikut dengan menjaga jarak agar mudah dan dapat dilihat oleh pemandu lain.

2. Boleh Dilihat Oleh Pengguna Jalan Raya Lain (Bahagian 2)
Bukan sahaja di bahagian hadapan, malah di bahagian belakang juga. Sesetengah penunggang memasangkan lampu sokongan tetapi ia hanya meningkatkan keratan rentas hadapan motor. Lampu di bahagian motor belakang pula kelihatan seperti sebuah garis kalau dilihat pada jarak yang jauh, berbeza dengan lampu belakang kereta atau kenderaan berat yang lain di mana cahaya suluhannya lebih luas.

Bagi memastikan bahagian belakang anda dapat dilihat, ‘terangi’ dengan cara lain yang lebih efektif. Satu, gunakan pelekat pemantul cahaya di bahagian belakang motor. Kedua, pakai jaket berwarna terang atau vest keselamatan kuning. Ketiga, pastikan jaket yang anda pakai mempunyai panel pemantulan cahaya. Keempat, tampal pelekat pemantul cahaya pada bahagian belakang topi keledar.

3. Jelas Kelihatan Untuk Anda
Tukar mentol lampu utama setiap beberapa tahun sekali (kecuali kalau anda pakai LED). Make sure you replace the headlight’s bulbs every couple of years or so (except if they are LED). Mentol lampu halogen yang terbaik juga boleh merosot dalam keadaan yang tidak dapat disedari.

Ada yang mengatakan, tiada masalah menggantikan mentol halogen dengan mentol LED. Namun, ada juga mengatakan mentol LED merosakkan lampu utama dan juga sistem elektrik. Kalau benar, cuba lakukannya dengan berhati-hati. care.

4. Kurangkan Laju
Menunggang dengan kelajuan yang perlahan memberikan anda masa untuk mengenal pasti kebarangkalian atau kemungkinan adanya bahaya atau halangan. Berhadapan dengan keadaan begini memang menyukarkan ketika di waktu siang, apatah lagi apabila di waktu malam ketika anda sedang menunggang dengan kelajuan tinggi. Ia mungkin juga manusia atau kanak-kanak, haiwan dan mungkin juga jalan berlopak, serpihan-serpihan barang buangan, bahan binaan jalan atau mungkin juga tumpahan minyak.

5. Imbas Keadaan Sekeliling
Ya, lakukan ini setiap masa kerana anda tidak dapat mengjangkakan kenderaan yang menghampiri dengan laju tanpa adanya cahaya. Jangan hanya bergantung kepada cermin, sentiasa perhatikan dan toleh sekiranya perlu sebagai langkah berjaga-jaga.

6. Kekalkan Keselesaan
Pastikan jaket yang dipakai boleh melindungi anda dari sejuk terutamanya menunggang selepas hujan, di jalan-jalan kampung dan juga pergunungan. Kesejukan boleh mencuri tumpuan anda di mana anda memerlukan 100% perhatian penuh ketika menunggang khususnya di waktu malam.

7. Panaskan Tayar
Cuaca sejuk bermaksud, permukaan jalan yang juga sejuk. Justeru, ambil masa untuk memanaskan tayar motor terlebih dahulu dan jangan terus redah ambil selekoh tajam semasa awal-awal menunggang. Sebelum itu, pastikan tayar dalam keadaan bagus!

Selamat menunggang dan semoga tips yang diberikan ini memberikan manfaat.