Pasukan Code Motorsports bukan asing dalam saingan Moto3 Dunia, malah ia sebenarnya turut mempunyai identiti di pasaran Malaysia. Melalui kerjasama dan sokongan syarikat tempatan, Rapido Malaysia, peminat bakal menyaksikan satu lagi wakil Malaysia di pentas dunia.
Melalui penajaannya terhadap Code Motorsports, Rapido Malaysia terus menunjukkan komitmennya terhadap dunia perlumbaan dengan menyokong pelumba-pelumba berbakat yang mencerminkan keazaman, disiplin dan semangat berdaya saing yang menjadi ciri utama sukan permotoran.
Sementara itu, dua pelumba Cormac Buchanan dan Ruche Moodley menyifatkan saingan di litar Sepang sesuatu yang mengujakan dan sudah pasti ia saingan yang sukar.
“Setiap pusingan di Moto3 menuntut ketepatan, keberanian dan konsistensi. Dengan sokongan Rapido Malaysia, Code Motorsport melangkah ke Sepang dengan persediaan prestasi terbaik,” ujar Buchanan dalam satu kenyataan.
Pusingan GP Malaysia sesuatu yang menarik, apabila pasukan Code Motorsports menampilkan reka bentuk luaran (livery) istimewa yang dicipta khusus untuk pusingan di Malaysia. Ia sentuhan unik kepada penampilan pasukan tersebut dalam perlumbaan itu.
“Reka bentuk istimewa ini bagi meraikan acara berkenaan dan menjadikan perlumbaan tersebut lebih bermakna. Tambahan, ia satu penghormatan memandangkan Code Motorsports akan bersaing di laman sendiri bagi Rapido Malaysia, ujar Rapido dalam satu kenyataan.
Imej dan gambaran seperti Petronas Twin Tower, batik dan bunga kebangsaan Malaysia sangat signifikan terhadap warga dan komuniti di Malaysia.
Selain daripada aspek pertandingan, kerjasama ini mencerminkan minat mendalam Rapido terhadap motosikal serta cita-citanya untuk mengukuhkan kehadiran dalam komuniti perlumbaan antarabangsa.
Peluang untuk menyokong pasukan yang bertanding di Grand Prix Malaysia menjadikan peristiwa ini lebih bermakna, memandangkan jenama tersebut memberikan sokongan kepada pelumba-pelumba tajaan mereka di laman sendiri.
Rapido Malaysia meneruskan sokongannya terhadap Code Motorsports bagi Grand Prix Malaysia 2026, dengan menyokong pelumba Cormac Buchanan dan Ruche Moodley yang bersaing dalam Kejohanan Dunia Moto3.
Memandangkan perlumbaan ini berlangsung di laman sendiri bagi Rapido, kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan jenama tersebut terhadap sukan bermotor serta semangatnya untuk menyokong para pelumba di persada antarabangsa.
#RideWithRapido #RapidoMalaysia