Sedia Di Semua Pengedar Honda Bermula 22 Jun!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama antara Honda Motor Co., Ltd. dan Oriental Holdings Bhd., mengumumkan kemunculan Honda CBR150R dengan warna baharu. Bakal menemui para peminatnya bermula dari 22 Jun, warna baharu yang ditawarkan untuk CBR150R ialah Pearl Nightfall Blue.

Dikuasakan oleh enjin DOHC 150cc, penyejuk cecair, empat injap yang menghasilkan kuasa 12.0kW pada 9,000 rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000 rpm digandingkan dengan transmisi enam kelajuan dan klac assist & selipar untuk pengalaman menunggang yang terbaik. Ciri-ciri lain termasuk lampu LED penuh dan Anti-lock Braking System (ABS) di roda hadapan meningkatkan keyakinan sistem brek.

Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, CBR150R dengan pilihan warna Pearl Nightfall Blue boleh didapati di semua pengedar sah Honda di seluruh negara bermula 22 Jun. Ditawarkan pada tag harga yang disyorkan iaitu RM13,299 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Berminat dengan warna Pearl Nightfall Blue? Jangan lupa untuk melihat CBR150R dengan penampilan warna baharu ini di pengedar Honda sah berhampiran anda!